Sunday, November 22, 2009

Seloka Wanita

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Bila hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuktaat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yg sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kalau dah memang rasa nk berubah
Peduli kata orang bukan dia yg susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nk tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yg bgimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mcemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yg betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa pyh
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Wlupun bergaya tak brp'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Hrp maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yg bukan-bukan
bpantun seloka bukan setakat hiburan
Yg mna betul jdikan pedoman.


credit to: (http://jpmuitm.ning.com/)

Wednesday, October 14, 2009

ujian@dugaan

assalam..
Alkisah...
dihujung akhir semester ini sudah pastinya ramai pelajar2 di IPT yang agak tertekan dengan tugasan dan test yang berlambak-lambak..

Justeru itu byk jugak emosi yang tidak menentu, ada kala marah,menangis,kecewa,geram,berdendam dan sebagainya..

Maka syaitan dan kaum kerabatnya bergembiralah kerana dapat menggangu emosi umat manusia dan memecah belahkan umat manusia sehingga ada yang bergaduh, bermasam muka dan terpaksa buat-buat baik..

Walaupun kesalahan itu kesalahan kecil, tapi ia dianggap kesalahan yang amat besar bagi siapa yang tidak mampu mengawal emosi...Hilang pertimbangan manusia, tiap kali hati atau emosi kita dicucuk-cucuk oleh syaitan...

Lemahnya kita kan...

Padahal jika kita sabar dan redha di atas kejadian itu, maka Allah akan tenangkan hati kita ditambah pula dengan bonus pahala berganda-ganda atas orang-orang yang bersabar..

Maka syaitan juga akan turut bersedih kerana tidak dapat menghasut manusia...


"Tidak sempurna Iman seseorang, sebelum dia di uji"

Maka, ujian itu merupakan ujian dari Tuhan, untuk menguji Iman seseorang..Jika kita gagal dan tidak redha dengan ujian tersebut, maka kita tahu lah selemah mana iman seseorang itu...

Lemahkan kita ni...

"sesungguhnya golongan yang berjaya adalah orang-orang yang bersabar"

Maka, tak rugi kita bersabar malah mendapat pahala serta bonus keberkatan dari Allah yang menjadikan sesuatu kejadian...dan akhirnya bukan saja berjaya didunia malah akhirat juga..kan indah macam tu...

Jsteru itu saya berpesan kepada diri saya juga rakan-rakan supaya banyakkan bersabar serta redha dengan ujian..Banyakkan berdoa dan ibadah agar emosi kita sentiasa terdidik oleh Allah..

Jangan hanya berdoa ketika pelbagai masalah meghujani kita, maka istiqamah la dalam beribadah setiap masa..

Selamat berjaya dalam dugaan serta selamat menghadapi peperiksaan Akhir semester...

Semoga berjaya membawa hatimu kepada Tuhan daripada membwa hatimu kepada syaitan....

Sunday, September 20, 2009

selamat Kembali ke Fitrah

assalam..
alhamdulillah setelah sebulan mentarbiyyah diri, akhirnya kini kita mngaharungi bulan kemenangan..Usah cemari syawal dgn pembaziran..

Mudah2an segala amalan yg dilakukan di bln ramadhan,diterima oleh Allah..
beramal bkn hnya dibln ramadhan saja, istiqmah bramal di setiap bln..moga2 dgn rohani yg terdidik mnjadikan kita insan yg cmerlang dunia dan akhirat..

Jika ujian di bln Ramadhan kita blh hadapi,insyaallah ujian di bln2 lain yg lbh mncbar pn kita bleh hadapi dgn tenang..

Salam Eidulfitri,maaf zahir batin...

Sunday, August 23, 2009

Marhaban Ya RAMADHAN...

- poster menyambut Ramadhan JPM,UiTM Melaka -

Alhamdulillah aku masih dikurniakan nikmat yg paling besar iaitu nyawa sehingga aku dapat bertemu kembali bulan Ramadhan..

Ramai yg dh tau kelebihan atau nikmat bulan ramadhan, tp kenapa masih ramai manusia mengabaikannyer..pendek kata, buat penat menahan lapar dan dahaga jika masih melakukan kemaksiatan sepanjang bulan ramadhan ini + tak puasa + mengumpat dan lain2 la..

semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yg lebih baik dan mnyerlah jauh dr yg biasa...

Teringat tazkirah kat surau Rumah, ustaz Azlan menimbulkan suatu persoalan kepada jemaah,
Kenapa ramadhan cuma 30 hari sahaja???

Jawapannyer kerana 30 hari jika manusia betol2 hendak berubah dan istiqamah setiap hari melakukan kebaikan, insyaallah manusia itu akan berubah..
sbgai contoh: kalu nk berhenti merokok, dlm sepanjang hari dlm bln puasa nie kita istiqamah berhenti, insyaallah selepas habis Ramadhan kita telah berhenti sebagai perokok..yg penting Istiqamah dan berdoa bnyak2..

Insyaallah semoga dipermudahkan urusan baik kita di sepanjang Bulan Ramadhan, ingat lah bulan yg mengandungi 1001 kelebihan ini jika tidak dicari dan direbut kelebihannyer alangkah ruginya kita...
jika bulan Ramadhan ini kita perlakukan seperti bulan2 yang lain, maka tersangatlah rugi...

Kalu kita dh tau, amalan wajib kita x berapa nk kukuh, maka perbanyakkanlah solat sunat di bulan Ramadhan ini mudah2an Allah angkat pahala org2 yg ikhlas melakukannyer...Amin...


P/s: Seronok berbuka n terawikh di Rumah, penceramah tazkirah pn hebat2 jugak..Ntah sempat atau tidak nk menjengok Ramdahan tahun depan, andai ini Ramadhan terakhir buat ku...

Thursday, July 30, 2009

Rontakan Hati...

Alkisah..
Bila hati berbicara..
Dari mana kita datang??
kenapa kita didatangkan??
Ke mana kita akan pergi??

Persoalan ini jika ditanya pada diri, dan dijawab dgn pnuh rendah diri SIAPA kita ini
nescaya, bergetar diri sehingga dahi yg sujud mnyembah ketika solat tidak mampu untuk diangkat..

Permasalah kehilangan jati diri manusia sehingga menjadikan agama serta akhirat tidak dipandang serius malah mengejar dunia seolah-olah dunia ini tempat yg kekal abadi...

Siapa yg harus dipersalahkan??
ibu bapa??
guru2??
Kawan2??
Pemimpin??

Tidak ada sesiapa yg boleh dipersalahkan melainkan diri kita sendiri yg tidak mahu mencari kebenaran...

Kita mampu bgn lewat mlm untuk study dimusim peperiksaan akhir..
tetapi jarang sekali kta bgn mlm untuk mendirikan Qiamualail

Kta mampu bgn pagi ke kelas,
tetapi jarng sekali bgn pagi untuk mendirikan solat subuh...

Kita mampu melancong, berjalan mengelilingi dunia,
tetapi masjid dan surau yg berdekatan amat payah untuk dikunjungi....

Kita mampu lepak beramai2 di warung dan kedai mamak,
tetapi jarang sekali mahu berhimpun di masjid dan surau untuk solat berjemaah..

Kita mampu tgk wayang dengan bayaran,
tetapi jarang sungguh kita mendengar ceramah,usrah di surau dan masjid walaupun percuma...

Kita mampu mencintai kekasih kita sehingga putus cinta mau bunuh diri,
tetapi kita xmampu mencintai Allah yg menciptakan Kita...

Hinanya kita ini...Tetapi Tuhan tidak pernah melupakan kita...

Masih diberi udara utk hidup,
masih dibekalkan makanan yg sedap2,
masih disihatkan kita selepas sakit,
masih menghiburkan kita dgn pemandangan yg indah2..

Mengapa Manusia masih INGKAR??
Mengapa manusia masih SOMBONG??
Mengapa Manusia MERUGIkan diri sendiri??

Tanyalah IMAN anda...............

Tuesday, June 23, 2009

Cuti Oh Cuti!!!!

Alkisah..
23 Jun 2009 berakhirlah cuti semester ku...
Aku kembali ke kampus bagi menyahut seruan kerajaan '1 Malaysia' Rakyat didahulukan,pencapaian di Utamakan...hahahaa

Kemasukan pelajar baru semester Julai-Nov 2009, akan menjadikan aku sebagai Pembantu Mahasiswa buat kali ke dua nya....

Apabila di bangkitkan persoalan tentang baki cuti yg tggal lagi beberapa hari, aku tidak merasakan kerugian apa2 kerana cuti kali ini kurasakan telah banyak aktiviti yang telah aku jalani..

Cuti ini juga telah menjalinkan kembali silaturahim diantara kawan2 sekolah dan kampus...serta memberikan kami pengalaman dan kenangan baru untuk dikenang....

Antara aktiviti yg dilakukan semasa cuti bersama rakan2:
(Byk lagi, tp ini je yg seronok di kongsi)

1) Ziarah (16-17 Mei 2009)

2) KLCC skybridge (2 Jun 2009)
*gambar Aktiviti 1 dan 2 ada pada post sebelum2 ini*


3) Langkawi trip (12-14 Jun 2009)
4) Karaoke (18 Jun 2009)


5) Teater Mana setangginya (21 Jun 2009)







Diharapkan penglibatan aku dlm MMS kali ini lebih menggembirakan berbanding sebelum ini...
Jumpa lagi di lain masa................

Tuesday, June 16, 2009

Kampung Ku...

Semasa nk menulis post ini teringat semasa semester 1, pensyarah subjek CSC menyuruh kami menulis karangan menggunakan perisisan words tentang 'Kampung saya'...ketika itu semua rakan sekelas seolah2 merasakan diri mereka seumpama budak2 sekolah, padahal br masuk ke Universiti..hahah.kenangan2...tp bukan itu yg hendak di ceritakan disini...

pada 5-6 june 2009 tempoh hari berlangsungnya perkahwinan sepupu ku diSegamat, johor.maka pulanglah kami sekeluarga ke sane untuk sama2 meraikan hari bahagia raja sehari tersebut...

Aku dan ibu hadir lebih awal, untuk membantu ape yg patut..ayah dan kakak menyusur kemudian pada hari jumaat di mana berlangsungnya upacara akad nikah... mcm biasa la bile balik kmpung nie, berkumpul la sedara mara beramai2...yg paling seronoknyer, anak buah dari australia pulang bersama, maka melepas rindu la setelah 2 tahun x bertemu...

mls cter pnjg, ku selitkan beberapa keping gmbr kenangan di sana.....layannnn....


- Selamat Pengantin Baru pasangan Izham dan Zanariah -



- Ahli keluarga dan sanak saudara merewang/membantu semasa kenduri -


- kidnap anak mat saleh nie,hahah - (jg jeles)


- Ryann Aziz, Abg Adam, Jourdan Bilal -

Wednesday, June 10, 2009

KLCC Skybridge

Alkisah...

pada 2/6 tempoh hari aku bersama rakan2 Shukri, Izdihar Jaafar, Diana Ibrahim, Aqilah Hairan dan Raja Anbreen berjalan2 di KLCC disamping menonton wayang 'night a the museum 2' + berkesempatan menaiki tingkat 41 menara KLCC dimana terletaknya jambatan menghubungkan tower 1 dan tower 2 menara KLCC tersebut...
kesempatan ini menjadi kepuasan kepada aku kerana telah lama berhajat tok sampai di atas sana...


malas nk cter panjang, tgk la gmbr2 kenangan kami yg menjadi perhatian para pelancong asing di atas sana...






Monday, May 11, 2009

Andai Kau merasai???

Andai kau tahu ape yang aku lalui
pasti kau juga akan merasai kepahitan...

andai kau tahu ape yang aku lalui
pasti kau akan serabut jiwa dan fikiran...

andai kau tahu ape yang aku lalui,
pasti kau mahukan ketenangan..

andai kau tahu ape yang aku lalui
pasti kau juga merasa kebuntuan...

Alhamdulillah,
aku di kurniakan anugerah yang paling berharga
iaitu agama..lebih berharga dari harta dan segala2nya...
dengan agama, hidup lebih terdidik dengan sendirinya...
indahnya Islam....

Lebih banyak masalah yg melanda,
semakin merasai diri ini 'BERTUHAN'
Ujian yang mendatang apabila ditambahkan
dengan ilmu yang diperolehi,
membuktikan bertapa kasih dan sayangnya
Allah terhadap setiap makhluknya....

Indahnya hidup bersama Ilahi...

p/s:-
Ya Allah, berikan kepadaku ketenangan minda dan hati..
aku yakin ujian yg melanda diriku ini ada hikmah di penghujungya..
Aku yakin dengan kasih sayangMu yang tiada prejudis terhadap setiap hambaMU..
amin...

Friday, March 27, 2009

Era Jahiliyah Moden!!!

Alkisah....
Baru2 ini aku berkesempatan untuk menghadiri usrah atau perkongsian ilmu oleh biro tarbiyah persatuan ku, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tajuk usrah itu berkenaan dengan perjuangan Rasulullah S.A.W..

Aku tertarik dengan usrah yang disampaikan, di mana tanpa kita sedari kita sebenarnya berada sama seperti zaman jahiliyah malah lebih teruk jahiliyahnya sebelum kewujudan Rasulullah.. Kenapa saya berkata begitu??

Cuba kita renungkan, di zaman jahiliyah sebelum kemunculan Rasulullah, umat manusia ketandusan Agama, Ilmu, atau pemimpin yang mampu membawa manusia ke jalan kebenaran kerana jarak antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad adalah sangat lama..

Diantara sikap atau tabiat umat jahiliyyah sebelum kewujudan Nabi Akhir Zaman:
1) Berzina
2) Membunuh bayi2 perempuan kerana dianggap membawa sial
3) Meminum Arak
4) Homoseks, lesbian

Cukup lah itu antara sikap buruk kaum jahiliyyah sebelum kewujudan Rasulullah S.A.W..dan perkara ini lah yang berjaya di ubah oleh Rasulullah dengan mengembangkan ajaran Islam yang di amanahkan oleh Allah untuk umatnya..Baginda telah berjaya merubah Akhlak malah akidah Umat Jahiliyyah sehingga tercetusnya kegemilangan Islam pada zaman baginda..

Tetapi malang sekali bagi umat Islam pada masa kini,
walau pelbagai ilmu, kemajuan, dan kejayaan yang telah dicapai
kita tidak mampu untuk mempertahankan kegemilangan Islam yang telah di cetuskan oleh Rasulullah S.A.W..Hinanya manusia..

Rasulullah sehingga hujung nyawanya masih menyebut ummati....ummati...ummati...
bertapa sayangnya baginda terhadap umatnya..
tetapi apakah balasan umat masa kini terhadap perjuangan Rasulullah????
Adakah sunnahnya diikuti????
Adakah kita sering mengingatinya???

Sayang...
jarang sekali sunnahnya diikuti, malah kurang sekali mengingatinya serta perjuangannya...
Nauzubilah....

Mungkin kerana kita lupa akan perjuangan Rasulullah,
maka pada zaman ini tercetuslah era jahiliyyah moden yang dicipta oleh manusia sekali lagi..
antaranya:

1) Kes zina semakin meningkat
- Walaupun Agama Islam telah mengharamkan zina, tetapi orang Islam jugaklah paling ramai melakukan zina...

2) Pembungan bayi/Janin (pembunuhan bayi)
- Kalau jahiliyyah dulu, bayi perempuan sahaja dibunuh, tetapi zaman jahiliyyah moden lebih dasyat dan hebat kerana kedua-dua jantina bayi ini akan dibuang dan dibunuh tanpa sebab..

3) Arak berleluasa
- semakin Islam mengharamkan Arak, semakin banyak penjualan arak dan perjudian berlaku di muka bumi ini..

4) Homoseks/lesbian
- lebih ramai pondan, bapok, penkid, gay, lesbian di muka bumi ini sehingga sukar untuk menilai mana satu jantina yang tulen atau palsu..

banyak lagi perkara2 lain yang mampu dibuktikan zaman kini merupakan zaman jahiliyyah moden malah lebih teruk dan dasyat dari zaman jahiliyyah sebelum kewujudan Rasulullah S.A.W..Nauzubillah..

Malulah kita wahai umat Islam,
kita hidup dizaman Islam telah menjadi milik kita,
tanpa perlu berperang dan besusah payah..
pun masih x bersyukur

Malulah kita umat Islam,
Rasulullah yang tidak pandai membaca dan menulis
mampu menjulang Islam sehingga gemilangnya...
kita yang boleh membaca dan menulis x mampu buat sedemikian

Malulah kta umat Islam,
Rasulullah ingat akan umatnya sehingga ke hujung hayatnya,
tetapi kita lebih ingatkan artis2 dan berhibur saja....

Hebatnya engkau Rasulullah,
pemimpin utusan Allah,
menyinari dunia laksana purnama,
contoh tauladan mu jadi ikutan...
Syafaatkan kami ya Rasulullah......

Moga perkongsian ini mampu untuk mengingatkan diriku yang lemah dan hina ini,
juga mampu mengingatkan sesiapa sahaja Insyaallah....

Saturday, March 7, 2009

Ketabahan Dan Kekuatan..

Alkisah..
lame jugak aku meningalkan dunia blog ini..
kerana faktor masa dan ketiadaan prasarana internet yang membolehkan diri aku membloging..
hahhaha..

dalam beberapa minggu nie,
mcm2 masalah dan ujian berlaku kepadaku...
dan macam2 juga perkara yang terkumpul dalam kepala otaku ini xdpt nk diluahkan dan diselesaikan...
mungkin inilah tandanya Allah nk bermanja2 denganku, diberi olehNYA pelbagai ujian dan masalah untuk menguji imanku...

Ya Allah, kau maha hebat....
baru ujian sekecil ini aku dh xmampu rasanya hendak menghadapinya....
hina dan lemahnya manusia ini....
kalu tidak ada kekuatan dan ketabahan sudah lama aku tersungkur dan sudah lama aku mengeluh...
oh Tuhan kau tahu ape yang terbaik untuk ku,
dan kau timpakan ujian yang layak untuk ku hadapi...

Alhamdulillah, berkat ilmu mu Tuhan,
aku harungi juga segala ujian dan halangan yang kau berikan dengan bantuan MU...
hanya padaMU aku mengeluh, dan hanya padaMU aku mengadu...

Ya Allah, kau lahirkan la padaku sifat kasih sayangMU,
agar aku dapat memberi kasih sayangMU pada mukmin di sekitarku,
agar mereka mengerti akan kasih sayangMU...
agar kami sentiasa berbaik sangka,
agar kami mampu berjuang bersama2 mempromosiMU..

Mungkin pelbagai masalah, ujian dan rintangan yang dihadapi,
merupakan kafarah diatas dosa2 ku yang lampau dan
mungkin juga aku pernah melakukan perkara yang sama pada org lain sebelum ini....

Ya Allah, ampun maaf buat mu.,
hamba yang hina dan lemah ini sering melakukan kesalahan dan kesilapan.
walau seringkali di tarbiyyah oleh mu....
Tunjuki aku ke jalan yang di redhai mu...
dan berikan aku kekuatan untuk Mencintai MU.......

Tuesday, February 10, 2009

tabung untuk PALESTINE

Alkisah..
alhamdulillah agak lama jugak x update blog nie..
nmpak dh berabuk and dh bersawang..hahaha...
maklumla kekangan masa sebagai insan bergelar student nie mengahadkan waktu tok menulis blog nie..
Alhamdulillah ngan masa yang ada nie nk menulis la ape perkembangan saya di sini..

pada 2 - 6 Febuari 2009, UiTM,Melaka ngan aanjuran SIFE (persatuan Usahawan) mengadakan minggu usahawan..so sape2 yang berminat nk berniaga boleh la meniaga dengan menyewa tapak gerai yang disedeiakan..

Nak dijadikan cerita Persatuan Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) telah dipelawa tok menyertai jualan ini..Tapi kami diberi keistimewaan tidak membayar sewa kerana kami cuma membuka gerai untuk tabung amal Palestine..

Alhamdulillah selama seminggu program ini berlangsung sebanyak RM2710 telah dikutip untuk memberi bantuan kepada saudara kita di palestine..Disamping mengutip derma kami juga mengedarkan risalah mengenai kekejaman rejim zionis dan risalah produk2 yang patut diboikot..
insyaallah ngan usaha sekecil ini dapat membantu saudara seIsalam kita di palestine dan kami juga mendapat keberkatan dan kasih sayang Allah..

P/s: Terima kasih kepada semua warga JPM, serta Warga UiTM yang sudi membantu menghulurkan bantuan tok menjayakan program amal ini.. semoga dimurahkan rezeki hendaknya...AMIN...



- Iqbal, Hazmir, Qayyum, Zaidi -

- Pejuang HAMAS -

- Promosi jualan Baju -

- Muslimat yang turut membantu -

- Pengunjung menonton video kekejaman zionis -


- pengunjung melihat pameran yang disediakan -

Friday, January 2, 2009

Tahun baru Azam Baru!!!!

Alkisah...
Setiap insan di muka bumi ini bila mana masuk aje tahun baru,
mesti bertukar azam yang baru...
kekadang terfikir jugak, asyik tukar azam jerk agak2nyer azam lama dh tercapai ke belum??
cemerlang ke azam yang kita buat sebelum nie???
emmm,tepuk dada tanya iman!!!!

memang btol kalu kita ada azam tu, ia sebagai pemangkin semangat tok mengharungi tahun baru yang mendatang, tapi kalu azam lama pun xterlaksana mcm mane nk ada azam baru..
cara yang lebih baik ialah elok kita memperbaharui azam lame kita dan pastikan azam yang kita laksanakan tu btol2 menjana perubahan dalam diri kita...

Bak kata org, jgn pandai berazam jerk laksanakan jugak...

Ape2 pn Selamat Tahun Baru 2009, dan Selamat Tahu Baru Islam 1430H yg layak dijadikan tahun baru oleh seluruh org Islam...Semoga tahun baru ini menjadikan kita Insan yang lebih beriman dan beramal soleh dan menyerlah jauh dari yang biasa...Ayuh!!!