Tuesday, June 21, 2016

RAMADAN YA RAMADAN

Ramadan menjelma lagi.
kali ini lain dari tahun-tahun sebelumnya,
Kalau sebelum ini berpuasa di zaman bujang,
Kali ini berpeluang menyambut ramadan bersama insan bergelar Isteri.

Beza hanya bertukar status aje,
Lain-lain tanggung jawab dan sebagainya sama seperti biasa.

Tahun ini juga berpeluang bersama-sama sama sanak saudara berkumpul bagi mengadakan majlis Iftar.

Bertemakan pot luck, masing2 datang bersama juadah tersendiri bagi melengkapkan menu untuk berbuka.

Seawal jam 5 sanak saudara telah berkumpul di rumah wanyong, bagi menyediakan persiapan berbuka.

Jam 6.30 kami berkumpul dan mengadakan majlis Tahlil Arwah sementara menunggu waktu berbuka.

Azan berkumandang, kami berdoa dan berbuka dengan juadah ringan terlebih dahulu dan mendirikan Solat Maghrib Berjemaah serta sambung makan juadah yang tersedia.

Waktu Isyak kami sekali lagi berjemaah dan terus Mendirikan Solat Sunat Tarawih bersama-sama.

Amalan ini bukan sahaja merapatkan silaturahim bahkan lebih menjimatkan daripada berbuka dengan set berbuka Puasa di hotel dan restoran mewah.

Wednesday, July 18, 2012

Bagaimana rasa kehilangan??

Assalamualaikum...

Alkisah,bertemu kembali setelah sekian lama meninggalkan dunia penulisan ini.. Ramadhan bakal menjelma selang beberapa hari sahaja lagi..Di doakan agar kita juga diberi kesempatan untuk beribadat di dalam bulan yang mulia lagi penuh keberkatan itu..

Dalam kita merenung kembali kehidupan kita, sudah tertulis sampai bila dan tahap mane peringkat umur kita akan di bekalkan oleh yang maha kuasa..Jika kita lihat kembali telah berapa ramai teman2,sahabat handai dan ahli keluarga yang sebelum ini bersama2 kita namun akhirnya mereka terlebih dahulu menyahut panggilan ilahi.

Jika sebelum ini ada kenangan bersama mereka,namun Ramadhan yang bakal menjelang ini kita tidak dapat merasainya lagi dengan org yang kita sayangi.. itulah kita harus meraikan ramadhan dgn sebaik baiknya kerana Ramadhan pada tahun yang akan datang belum tentu kita dapat merasainya lagi.. Kerana kematian itu pasti namun bila dan bagaimana kematian itu yang menjadi hijab buat manusia..

Bagi saya yang menjadi kenangan dan kerinduan pabila menjelang Ramadhan kali ini adalah buat pertama kalinya saya akan menyambut dan meraikannya tanpa orang yang saya kasihi iaitu ayahanda saya...

Beliau telah kembali bertemu ilahi pada pertengahan March lalu..Masih segar diingati tatkala saat kali terakhir kami berpisah buat selama-lamanya..

Kehilangan itu mungkin suatu yang pedih, namun apabila disulami dengan keredhaan dan ketabahan ia umpama suatu kuasa yang hebat mampu menjana kuasa positif didalam minda untuk memerima kehilangan tersebut...

kehilangan orang yang terdekat dengan kita mungkin lagi akan melunturkan semangat seseorang, seperti apa yang terjadi aku perlu memberi semangat buat ibu dan kakak.. Kami tidak mempunyai keluarga dan adik beradik yang ramai, kami harus ada bersama untuk menjadi penguat diantara satu sama lain..

Saya sudah merasa kehilangan, mungkin rakan2 juga pernah merasai perkara yang sama ataupun lebih dari apa yang saya lalui.. Apa2 pun saya doakan agar segala ujian dan dugaan dapat ditempuhi dengan kesabaran yang tinggi..

Kehilangan itu memang pedih, namun ketentuan Tuhan lebih dari segalanya
(Kenderaan Terakhir)

p/s : Rakan saya juga kehilangan ibunya, dan saya bersimpati dengan mereka juga..Semoga roh arwah yang telah pergi mendahului kita ditempatkan bersama golongan2 yg soleh.. Amin Hargailah orang tersayang smentara masa masih mengizinkan...


Tuesday, May 3, 2011

Pengalaman mendewasakan....(",)v

Salam...
semoga sentiasa di bawah naungan-NYA..
sudah lama dan agak berhabuk diruangan blogspot ini kerana telah lama tidak memberi nukilan atau perkongsian disebalik pengalaman kehidupan...

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah diatas segala perancangannya buat setiap hambanya..Walaupun kita tidak tahu apa perancancangannya, namun setiap keadaan harus di lalui dengan tenang dan sabar..

Kita merancang, Allah Juga merancang tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

Adakala kita rasa kurniaan Allah itu indah, tanpa tahu iu adalah suatu dugaan & adakala kita rasa ujian itu sukar, padahal ianya tanda kasih Allah Pada kita...

Segala keadaan atau peristiwa dalam kehidupan seharia kita, adalah merupakan suatu proses mendidik diri kita ke arah pendewasaan. Apa yang di dengar, apa yang diperhati, apa yang dirasai semua itu proses mentarbiyyah ke arah kematangan diri.

Justeru itu, hadapi lah setiap ujian dan keadaan yang berlaku dengan sabar dan tenang, serta memohon kepada Allah supaya di permudahkan untuk mengharungi segalanya dengan lancar.

Usah mengeluh! kerana mengeluh bukan dapat meneyelesaikan segalan masalah yang timbul, malah lebih merumitkan keran terpaksa memendam emosi. Sebaliknya, cuba positifkan diri dan memahami apakah hikmah yang tersirat di sebalik keadaan yang di lalui....

p/s:- Tarbiyyah di dalam kehidupan sangat luas jika di amati apakah hikmah nya...JoM Jadi Bijak (",)v

Friday, June 11, 2010

Cerita Kedai Kopi!!!

Cerita Kedai Kopi,
Cerita kedai kopi,
tiada hakim,
tiada saksi
cerita sensasi,di kedai kopi
Fuh..fuh..agak berhabuk la laman blog ini,
almaklum la sudah lama tidak berkunjung disini..
Ku buka ceritera ini dgn lagu Cerita kedai kopi dendangan Malique feat Salam.
Bait-bait lagu ini membawa makna yang agak sinis buat segelintir masyarakat,
terutamanya masyarakat Melayu yang sering berkunjung di kedai-kedai kopi.
Masyarakat Melayu terkenal dengan suasana harmoni dipagi hari dengan berkunjung di warung-warung untuk bersarapan. Kekadang bersama family,tak lekang jugak ada yang pergi bersama kawan-kawan serta orang yang tersayang. Pelbagai peringkat umur dapat dilihat untuk menjamu selera di sana. Sungguh gembira melihat masyarakat Malaysia mampu hidup aman damai begini.
Di tengah keasyikan melayan Lontong,Nasi Lemak,Roti canai dan Kopi O, dapat juga diperdengarkan pelbagai isu dan berita diceritakan disetiap ceruk meja warung tersebut..
Ada yang menceritakan perihal politik,Isu-isu semasa, Agama dan gossip. Betol bait-bait lagu diatas Tiada hakim Tiada Saksi.
Masyarakat bebas memperkatakan apa yang mereka rasakan betol mengikut fahaman dan ideologi masing-masing. Apabila timbul saja topik,pelbgai usul dan pandangan dapat didengarkan seolah-olah berada didalam dewan perbahasan Parlimen dan usul dibentangkan oleh Ahli Parlimen...
Hahah,agak melucukan sesekali melihat gelagat masyarakat begitu sesuka hati melepaskan pandagan dan hujah mereka beserta dengan reaksi dan emosi serta suara yang lantang, menghiruk pikuk kan suasan warung. Tapi jika kita amati, apa yang diperkatakan itu ada benarnya,kerana sesiapa saja boleh memberi pandangan dan masing-masing juga ada fahaman masing-masing..
Mungkin bagi sesetengah pihak,mnerima pandangan diwarung-warung tidak membawa apa-apa faedah kerana yang berhujah hanya pandai berkata-kata dan tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam negara serta mungkin jugak tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi.
Ada jugak yang berkata,kalu pandai sangat bercakap kenapa x jadi wakil rakyat..
dah begitu pula jadinya...
Pada saya, kita boleh mendengar pandangan dari mereka kerana semua berhak untuk berkata-kata,cuma kita mempunyai fikiran dan boleh berfikir baik dan buruknya sendiri..
Cuma apabila bersembang dikedai kopi tu,harus dingat juga bukan semua senang dengan cara kita hendak berkongsi cerita tersebut,bukan semua sealiran dgn kita dan bukan semua beridealogi sama macam kita. Pendek kata,semuanya kena la secara berhikmah dan bersederhana, jangan asyik kita saja mahu menang..hahah
Walau apa-apa pun, aku suka mendengar cerita-cerita di kedai kopi, semakin aku dgr semakin bertambah pengalaman dalam diri aku nie..hahha..
mungkin lain orang lain pandangan nyer....Ayuh ke kedai Kopi...
p/s: Memuji Tidak semestinya menyokong,
Mengkritik Tidak semestinya Membangkang!!!
Renung-renungkan...(",)v

Sunday, November 22, 2009

Seloka Wanita

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Bila hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuktaat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yg sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kalau dah memang rasa nk berubah
Peduli kata orang bukan dia yg susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nk tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yg bgimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mcemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yg betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa pyh
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Wlupun bergaya tak brp'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Hrp maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yg bukan-bukan
bpantun seloka bukan setakat hiburan
Yg mna betul jdikan pedoman.


credit to: (http://jpmuitm.ning.com/)

Wednesday, October 14, 2009

ujian@dugaan

assalam..
Alkisah...
dihujung akhir semester ini sudah pastinya ramai pelajar2 di IPT yang agak tertekan dengan tugasan dan test yang berlambak-lambak..

Justeru itu byk jugak emosi yang tidak menentu, ada kala marah,menangis,kecewa,geram,berdendam dan sebagainya..

Maka syaitan dan kaum kerabatnya bergembiralah kerana dapat menggangu emosi umat manusia dan memecah belahkan umat manusia sehingga ada yang bergaduh, bermasam muka dan terpaksa buat-buat baik..

Walaupun kesalahan itu kesalahan kecil, tapi ia dianggap kesalahan yang amat besar bagi siapa yang tidak mampu mengawal emosi...Hilang pertimbangan manusia, tiap kali hati atau emosi kita dicucuk-cucuk oleh syaitan...

Lemahnya kita kan...

Padahal jika kita sabar dan redha di atas kejadian itu, maka Allah akan tenangkan hati kita ditambah pula dengan bonus pahala berganda-ganda atas orang-orang yang bersabar..

Maka syaitan juga akan turut bersedih kerana tidak dapat menghasut manusia...


"Tidak sempurna Iman seseorang, sebelum dia di uji"

Maka, ujian itu merupakan ujian dari Tuhan, untuk menguji Iman seseorang..Jika kita gagal dan tidak redha dengan ujian tersebut, maka kita tahu lah selemah mana iman seseorang itu...

Lemahkan kita ni...

"sesungguhnya golongan yang berjaya adalah orang-orang yang bersabar"

Maka, tak rugi kita bersabar malah mendapat pahala serta bonus keberkatan dari Allah yang menjadikan sesuatu kejadian...dan akhirnya bukan saja berjaya didunia malah akhirat juga..kan indah macam tu...

Jsteru itu saya berpesan kepada diri saya juga rakan-rakan supaya banyakkan bersabar serta redha dengan ujian..Banyakkan berdoa dan ibadah agar emosi kita sentiasa terdidik oleh Allah..

Jangan hanya berdoa ketika pelbagai masalah meghujani kita, maka istiqamah la dalam beribadah setiap masa..

Selamat berjaya dalam dugaan serta selamat menghadapi peperiksaan Akhir semester...

Semoga berjaya membawa hatimu kepada Tuhan daripada membwa hatimu kepada syaitan....