Alkisah....
Baru2 ini aku berkesempatan untuk menghadiri usrah atau perkongsian ilmu oleh biro tarbiyah persatuan ku, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tajuk usrah itu berkenaan dengan perjuangan Rasulullah S.A.W..
Aku tertarik dengan usrah yang disampaikan, di mana tanpa kita sedari kita sebenarnya berada sama seperti zaman jahiliyah malah lebih teruk jahiliyahnya sebelum kewujudan Rasulullah.. Kenapa saya berkata begitu??
Cuba kita renungkan, di zaman jahiliyah sebelum kemunculan Rasulullah, umat manusia ketandusan Agama, Ilmu, atau pemimpin yang mampu membawa manusia ke jalan kebenaran kerana jarak antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad adalah sangat lama..
Diantara sikap atau tabiat umat jahiliyyah sebelum kewujudan Nabi Akhir Zaman:
1) Berzina
2) Membunuh bayi2 perempuan kerana dianggap membawa sial
3) Meminum Arak
4) Homoseks, lesbian
Cukup lah itu antara sikap buruk kaum jahiliyyah sebelum kewujudan Rasulullah S.A.W..dan perkara ini lah yang berjaya di ubah oleh Rasulullah dengan mengembangkan ajaran Islam yang di amanahkan oleh Allah untuk umatnya..Baginda telah berjaya merubah Akhlak malah akidah Umat Jahiliyyah sehingga tercetusnya kegemilangan Islam pada zaman baginda..
Tetapi malang sekali bagi umat Islam pada masa kini,
walau pelbagai ilmu, kemajuan, dan kejayaan yang telah dicapai
kita tidak mampu untuk mempertahankan kegemilangan Islam yang telah di cetuskan oleh Rasulullah S.A.W..Hinanya manusia..
Rasulullah sehingga hujung nyawanya masih menyebut ummati....ummati...ummati...
bertapa sayangnya baginda terhadap umatnya..
tetapi apakah balasan umat masa kini terhadap perjuangan Rasulullah????
Adakah sunnahnya diikuti????
Adakah kita sering mengingatinya???
Sayang...
jarang sekali sunnahnya diikuti, malah kurang sekali mengingatinya serta perjuangannya...
Nauzubilah....
Mungkin kerana kita lupa akan perjuangan Rasulullah,
maka pada zaman ini tercetuslah era jahiliyyah moden yang dicipta oleh manusia sekali lagi..
antaranya:
1) Kes zina semakin meningkat
- Walaupun Agama Islam telah mengharamkan zina, tetapi orang Islam jugaklah paling ramai melakukan zina...
2) Pembungan bayi/Janin (pembunuhan bayi)
- Kalau jahiliyyah dulu, bayi perempuan sahaja dibunuh, tetapi zaman jahiliyyah moden lebih dasyat dan hebat kerana kedua-dua jantina bayi ini akan dibuang dan dibunuh tanpa sebab..
3) Arak berleluasa
- semakin Islam mengharamkan Arak, semakin banyak penjualan arak dan perjudian berlaku di muka bumi ini..
4) Homoseks/lesbian
- lebih ramai pondan, bapok, penkid, gay, lesbian di muka bumi ini sehingga sukar untuk menilai mana satu jantina yang tulen atau palsu..
banyak lagi perkara2 lain yang mampu dibuktikan zaman kini merupakan zaman jahiliyyah moden malah lebih teruk dan dasyat dari zaman jahiliyyah sebelum kewujudan Rasulullah S.A.W..Nauzubillah..
Malulah kita wahai umat Islam,
kita hidup dizaman Islam telah menjadi milik kita,
tanpa perlu berperang dan besusah payah..
pun masih x bersyukur
Malulah kita umat Islam,
Rasulullah yang tidak pandai membaca dan menulis
mampu menjulang Islam sehingga gemilangnya...
kita yang boleh membaca dan menulis x mampu buat sedemikian
Malulah kta umat Islam,
Rasulullah ingat akan umatnya sehingga ke hujung hayatnya,
tetapi kita lebih ingatkan artis2 dan berhibur saja....
Hebatnya engkau Rasulullah,
pemimpin utusan Allah,
menyinari dunia laksana purnama,
contoh tauladan mu jadi ikutan...
Syafaatkan kami ya Rasulullah......
Moga perkongsian ini mampu untuk mengingatkan diriku yang lemah dan hina ini,
juga mampu mengingatkan sesiapa sahaja Insyaallah....
No comments:
Post a Comment