Friday, March 27, 2009

Era Jahiliyah Moden!!!

Alkisah....
Baru2 ini aku berkesempatan untuk menghadiri usrah atau perkongsian ilmu oleh biro tarbiyah persatuan ku, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tajuk usrah itu berkenaan dengan perjuangan Rasulullah S.A.W..

Aku tertarik dengan usrah yang disampaikan, di mana tanpa kita sedari kita sebenarnya berada sama seperti zaman jahiliyah malah lebih teruk jahiliyahnya sebelum kewujudan Rasulullah.. Kenapa saya berkata begitu??

Cuba kita renungkan, di zaman jahiliyah sebelum kemunculan Rasulullah, umat manusia ketandusan Agama, Ilmu, atau pemimpin yang mampu membawa manusia ke jalan kebenaran kerana jarak antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad adalah sangat lama..

Diantara sikap atau tabiat umat jahiliyyah sebelum kewujudan Nabi Akhir Zaman:
1) Berzina
2) Membunuh bayi2 perempuan kerana dianggap membawa sial
3) Meminum Arak
4) Homoseks, lesbian

Cukup lah itu antara sikap buruk kaum jahiliyyah sebelum kewujudan Rasulullah S.A.W..dan perkara ini lah yang berjaya di ubah oleh Rasulullah dengan mengembangkan ajaran Islam yang di amanahkan oleh Allah untuk umatnya..Baginda telah berjaya merubah Akhlak malah akidah Umat Jahiliyyah sehingga tercetusnya kegemilangan Islam pada zaman baginda..

Tetapi malang sekali bagi umat Islam pada masa kini,
walau pelbagai ilmu, kemajuan, dan kejayaan yang telah dicapai
kita tidak mampu untuk mempertahankan kegemilangan Islam yang telah di cetuskan oleh Rasulullah S.A.W..Hinanya manusia..

Rasulullah sehingga hujung nyawanya masih menyebut ummati....ummati...ummati...
bertapa sayangnya baginda terhadap umatnya..
tetapi apakah balasan umat masa kini terhadap perjuangan Rasulullah????
Adakah sunnahnya diikuti????
Adakah kita sering mengingatinya???

Sayang...
jarang sekali sunnahnya diikuti, malah kurang sekali mengingatinya serta perjuangannya...
Nauzubilah....

Mungkin kerana kita lupa akan perjuangan Rasulullah,
maka pada zaman ini tercetuslah era jahiliyyah moden yang dicipta oleh manusia sekali lagi..
antaranya:

1) Kes zina semakin meningkat
- Walaupun Agama Islam telah mengharamkan zina, tetapi orang Islam jugaklah paling ramai melakukan zina...

2) Pembungan bayi/Janin (pembunuhan bayi)
- Kalau jahiliyyah dulu, bayi perempuan sahaja dibunuh, tetapi zaman jahiliyyah moden lebih dasyat dan hebat kerana kedua-dua jantina bayi ini akan dibuang dan dibunuh tanpa sebab..

3) Arak berleluasa
- semakin Islam mengharamkan Arak, semakin banyak penjualan arak dan perjudian berlaku di muka bumi ini..

4) Homoseks/lesbian
- lebih ramai pondan, bapok, penkid, gay, lesbian di muka bumi ini sehingga sukar untuk menilai mana satu jantina yang tulen atau palsu..

banyak lagi perkara2 lain yang mampu dibuktikan zaman kini merupakan zaman jahiliyyah moden malah lebih teruk dan dasyat dari zaman jahiliyyah sebelum kewujudan Rasulullah S.A.W..Nauzubillah..

Malulah kita wahai umat Islam,
kita hidup dizaman Islam telah menjadi milik kita,
tanpa perlu berperang dan besusah payah..
pun masih x bersyukur

Malulah kita umat Islam,
Rasulullah yang tidak pandai membaca dan menulis
mampu menjulang Islam sehingga gemilangnya...
kita yang boleh membaca dan menulis x mampu buat sedemikian

Malulah kta umat Islam,
Rasulullah ingat akan umatnya sehingga ke hujung hayatnya,
tetapi kita lebih ingatkan artis2 dan berhibur saja....

Hebatnya engkau Rasulullah,
pemimpin utusan Allah,
menyinari dunia laksana purnama,
contoh tauladan mu jadi ikutan...
Syafaatkan kami ya Rasulullah......

Moga perkongsian ini mampu untuk mengingatkan diriku yang lemah dan hina ini,
juga mampu mengingatkan sesiapa sahaja Insyaallah....

Saturday, March 7, 2009

Ketabahan Dan Kekuatan..

Alkisah..
lame jugak aku meningalkan dunia blog ini..
kerana faktor masa dan ketiadaan prasarana internet yang membolehkan diri aku membloging..
hahhaha..

dalam beberapa minggu nie,
mcm2 masalah dan ujian berlaku kepadaku...
dan macam2 juga perkara yang terkumpul dalam kepala otaku ini xdpt nk diluahkan dan diselesaikan...
mungkin inilah tandanya Allah nk bermanja2 denganku, diberi olehNYA pelbagai ujian dan masalah untuk menguji imanku...

Ya Allah, kau maha hebat....
baru ujian sekecil ini aku dh xmampu rasanya hendak menghadapinya....
hina dan lemahnya manusia ini....
kalu tidak ada kekuatan dan ketabahan sudah lama aku tersungkur dan sudah lama aku mengeluh...
oh Tuhan kau tahu ape yang terbaik untuk ku,
dan kau timpakan ujian yang layak untuk ku hadapi...

Alhamdulillah, berkat ilmu mu Tuhan,
aku harungi juga segala ujian dan halangan yang kau berikan dengan bantuan MU...
hanya padaMU aku mengeluh, dan hanya padaMU aku mengadu...

Ya Allah, kau lahirkan la padaku sifat kasih sayangMU,
agar aku dapat memberi kasih sayangMU pada mukmin di sekitarku,
agar mereka mengerti akan kasih sayangMU...
agar kami sentiasa berbaik sangka,
agar kami mampu berjuang bersama2 mempromosiMU..

Mungkin pelbagai masalah, ujian dan rintangan yang dihadapi,
merupakan kafarah diatas dosa2 ku yang lampau dan
mungkin juga aku pernah melakukan perkara yang sama pada org lain sebelum ini....

Ya Allah, ampun maaf buat mu.,
hamba yang hina dan lemah ini sering melakukan kesalahan dan kesilapan.
walau seringkali di tarbiyyah oleh mu....
Tunjuki aku ke jalan yang di redhai mu...
dan berikan aku kekuatan untuk Mencintai MU.......