Wednesday, October 14, 2009

ujian@dugaan

assalam..
Alkisah...
dihujung akhir semester ini sudah pastinya ramai pelajar2 di IPT yang agak tertekan dengan tugasan dan test yang berlambak-lambak..

Justeru itu byk jugak emosi yang tidak menentu, ada kala marah,menangis,kecewa,geram,berdendam dan sebagainya..

Maka syaitan dan kaum kerabatnya bergembiralah kerana dapat menggangu emosi umat manusia dan memecah belahkan umat manusia sehingga ada yang bergaduh, bermasam muka dan terpaksa buat-buat baik..

Walaupun kesalahan itu kesalahan kecil, tapi ia dianggap kesalahan yang amat besar bagi siapa yang tidak mampu mengawal emosi...Hilang pertimbangan manusia, tiap kali hati atau emosi kita dicucuk-cucuk oleh syaitan...

Lemahnya kita kan...

Padahal jika kita sabar dan redha di atas kejadian itu, maka Allah akan tenangkan hati kita ditambah pula dengan bonus pahala berganda-ganda atas orang-orang yang bersabar..

Maka syaitan juga akan turut bersedih kerana tidak dapat menghasut manusia...


"Tidak sempurna Iman seseorang, sebelum dia di uji"

Maka, ujian itu merupakan ujian dari Tuhan, untuk menguji Iman seseorang..Jika kita gagal dan tidak redha dengan ujian tersebut, maka kita tahu lah selemah mana iman seseorang itu...

Lemahkan kita ni...

"sesungguhnya golongan yang berjaya adalah orang-orang yang bersabar"

Maka, tak rugi kita bersabar malah mendapat pahala serta bonus keberkatan dari Allah yang menjadikan sesuatu kejadian...dan akhirnya bukan saja berjaya didunia malah akhirat juga..kan indah macam tu...

Jsteru itu saya berpesan kepada diri saya juga rakan-rakan supaya banyakkan bersabar serta redha dengan ujian..Banyakkan berdoa dan ibadah agar emosi kita sentiasa terdidik oleh Allah..

Jangan hanya berdoa ketika pelbagai masalah meghujani kita, maka istiqamah la dalam beribadah setiap masa..

Selamat berjaya dalam dugaan serta selamat menghadapi peperiksaan Akhir semester...

Semoga berjaya membawa hatimu kepada Tuhan daripada membwa hatimu kepada syaitan....

2 comments:

putihsuci said...

semua ujian yang Allah berikan adalah tanda kasuh sayangNYA kepada kitakan.. yelah, apabila kita bersedih atau ada masalah barulah kita ingat pada Allah, kalau gembira jarang sekali bersyukur. sesungguhnya Allah suka hamba yang selalu mengadu dan bersedih padaNYA... mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang mendapat petunjuk daripada Allah. amin.

Iqbal Amir said...

Yup,betol tu sy setuju..
sentiasa ingat Allah dlm apa jua keadaan samaada dlm senang dan susah..

kalu br ingat Allah dlm keadaan susah, itu memeprgunakan Allah namanya..

Semoga hati sentiasa terdidik untuk mencintai Allah..

Amin...

p/s: Tq putihsuci atas ingatan..